Followers

Sunday, 9 September 2012

Sharing Experience : Sometimes We Forget



Assalamualaikum WBT.

Perkongsian ini hanya untuk peringatan diriku yang lemah dan serba kekurangan ini dan juga sebagai nota kaki tatapan rakan seperjuangan ku.
Aku adalah anak sulung dalam keluargaku. Sudah tentu harapan yang tinggi terpikul di atas bahuku. Lebih-lebih lagi akulah satu-satunya calon bakal doktor daripada keluarga besar arwah nenek dan datuk aku. 

Keputusan yang baik dalam SPM tidak menjanjikan apa-apa melainkan semua adalah rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT buat setiap hambanya di dunia. Begitulah juga kisahnya denganku, cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang akhirnya kekal tinggal cita-cita apabila aku memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, dan memilih universiti Tanta sebagai medan tempat untukku mengejar cita-cita yang baru sahaja disemai dalam sanubari ini.
Meskipun baru hampir setahun di Universiti Tanta, banyak pengalaman yang dilalui. Kadang-kadang terasa lah juga diri ini dah macam doktor, even study tu mmg bukan gaya seorang doktor. Rutin seharian yang dilalui membuatkan saya merasakan hidup kami di sini bukanlah kehidupan sebenar seorang pelajar medic. Dengan kelas hanya kurang dari 8 jam sehari, dengan ketiadaan assignment, dan dengan cuti 2 hari dalam seminggu membuatkan diri sering kali lalai dan lupa tentang tuntutan sebagai seorang pelajar PERUBATAN. Hinggalah pada akhirnya, tidak kurang ramai yang kecundang akibat terlalu selesa dengan gaya pembelajaran di sini.

Pada awalnya, memang semangat untuk menuntut ilmu perubatan di MESIR sangat tinggi. Namun, dek kerana  musim berubah, maka semangat tu pun ikut berubah sedikit demi sedikit. Namun aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan teman yang sering mengingatkan aku sekali gus membuatkan semangatku kembali berkocak. Hinggalah pada suatu saat aku merasakan MEDIC ini bukanlah untuk orang sepertiku, MEDIC is too tough for me, I was worried I can’t carry this MEDIC. Tetapi mujurlah ada senior-senior yang tidak pernah lelah memberi nasihat agar aku terus bertahan.
“Kamu patut bersyukur, ramai orang di luar sana nak ke sini. Tapi adakah kamu tahu mengapa kamu boleh ke sini? sebab keluarga kamu mampu menghantar kamu ke sini, kan? Jadi, kamu patut bersyukur sebab di antara ramai-ramai orang, kamu dipilih Allah untuk ke sini.”
Itulah kata-kata seorang senior yang pernah menyedarkan aku tentang mengapa aku study MEDIC di sini. Walaupun aku masih terkapai mencari rentak di sini, namun aku yakin dengan usaha yang berterusan dan disertakan dengan doa dan ditadah dengan tawakal, InsyaAllah akan ada jalannya. Kini tahun 1 sudah berlalu. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan, aku bakal melangkah ke tahun 2, InsyaAllah.

“Kesenangan tidak akan berpanjangan, kesedihan pasti akan berlalu,” demikianlah antara prinsip yang tersemat dalam diri ini. Sememangnya pengalaman hampir setahun di sini banyak membuka mataku tentang hakikat erti hidup ini. Ramai orang kata, kejar dulu cita-citamu, kemudiankan perkara lain. Tapi, sebenarnya ada yang lebih penting dari cita-cita. Ingatlah, kejayaan kita esok ditentukan oleh apa yang kita lakukan hari ini.

“If you are medical student, act like HO. If you are HO, act like MO. And if u are MO, act like Specialist.”

Wassalam.

Salam sayang,

Mohamad Jeffrey Ismail
2nd Year Meds School, Tanta University

1 comment:

  1. saya minat shayne ward! :) tp nie bukan dia yg nyanyi kan? (tiba2 komen pasal lagu :P)

    ReplyDelete