Followers

Friday 21 September 2012

Celoteh Kak Husna Kita (Part 1)


Clinical Attachment's In Malaysia



Prefix
Sudah lama sebenarnya saya mahu berkongsi kepada semua terutamanya kepada para junior saya di dalam blog tentang pengalaman saya melakukan attachment di hospital di Malaysia. Namun disebabkan kekangan masa dan beberapa komitmen menyebabkan saya sering menangguhkan niat ini. Tetapi untuk kali ini, kerana memenuhi hajat yang bersungguh-sungguh dari Shahir Rahmat, saya cuba menulis sekadar yang termampu dan sekadar yang saya ingat. Maaf didahulukan jika ada maklumat yang salah atau isi yang tidak tersusun dan agak kelam-kabut.

Saat saya menulis ini adalah sehari selepas Surgery End Round Exam dan saya diberikan selang masa lebih kurang 4 minggu sebelum 20% Exam (lebih kurang mid-year exam) untuk subjek Obstetric and Gynecology (Perbidanan dan Sakit Puan) bagi pelajar tahun akhir Universiti Tanta. Sekali lagi saya memohon maaf jika ada lagi kisah-kisah yang tidak sempat dikongsi kerana pengalaman attachment ini adalah pengalaman pertama dan terakhir disebabkan saya hanya melakukannya ketika saya tamat tahun 4. Sudah 2 tahun berlalu baru menulisnya, maka banyaklah yang terlupa lebih-lebih lagi yang kurang significant bagi saya.

Oleh kerana attachment tersebut dilakukan ketika saya baru sahaja tamat subjek specialist di tahun 4 (Ophthal, ENT, Forensic dan Public Health) sedangkan saya sekarang sudah hampir menamatkan pengajian, maka kemungkinan untuk saya mencampur-adukkan sedikit maklumat juga agak tinggi. Oleh itu, janganlah rasa terganggu ye jika terlalu banyak kurungan dan keterangan tambahan selepas satu-satu pengalaman. Huhu

Sebenarnya saya lebih selesa bercakap daripada menulis pengalaman attachment ini kerana ada beberapa pengalaman penting yang perlu ditekankan terutamanya kepada bakal doktor wanita. Tak mengapalah, kita kira ini sebagai spark/stimulant untuk saya berjumpa face to face dengan junior-junior akhawat pada masa akan datang ya! Hehe

Sebelum saya memulakan cerita ini, saya sekadar ingin memberi penghargaan kepada senior saya (walaupun saya tahu dia tak kenal saya dan saya hanya kenal beliau dari cerita attachment beliau dari blog juga), Abang Faizal Bobby yang menulis banyak pengalaman beliau ketika melakukan attachment di hospital-hospital di Malaysia dan juga Mesir. Beliau juga yang menyediakan (secara percuma!) segala silibus penting yang perlu ada bagi pelajar perubatan Mesir untuk attachment, begitu juga cara-cara terhormat untuk apply attachment bersama berton-ton pesanan dan nasihat untuk para junior beliau. Saya juga ingin memberikan penghargaan ini kepada adik kandung saya, Nurulhuda Ahmad Sani yang begitu bersemangat mengajak saya untuk sama-sama apply untuk attachment di dua buah hospital (Hospital Baling dan Hospital Kuala Lumpur) serta seluruh saudara mara saya yang begitu banyak memberikan sokongan dalam melakukan tugas tambahan tanpa gaji ini agar kami dapat belajar dengan lebih baik.

Kini, semuanya tinggal pada diri kita sendiri. Samada mahu atau tidak mahu. Terserah.

Hospital Baling

 
Saya pernah menceritakan hari pertama saya di Hospital Baling dalam blog saya dengan panjang lebar. Baru satu hari sudah panjang lebar tulisannya, maka saya lihat saya memerlukan lebih masa lagi untuk menulis pengalaman ini lagi. Ala kulli hal, saya cuba untuk menceritakan secara ringkas beberapa pengalaman yang perlu diambil perhatian semua.

Hospital Baling adalah sebuah hospital daerah yang berdekatan dengan rumah saya (hanya berbasikal ke sana), oleh sebab itu saya membuat permohonan di hospital ini. Permohonan dibuat dengan harapan kami (saya dan adik saya) dapat melakukan attachment di Jabatan Kecemasan. Berbekalkan surat pengakuan dari Gamaah dan borang posting elektif yang dimuat-turun dari web KKM, kami ke bilik Pengarah Hospital. Namun, kami hanya dapat berjumpa dengan beliau sehari selepas itu dan dibenarkan membuat elektif di jabatan yang kami mahu. Sempat berbual sedikit dengan Pengarah yang menganggap elektif 2 minggu ini tidak cukup tetapi apakan daya, kami telahpun mendapat surat kebenaran untuk attachment di HKL pula pada tarikh setelah 2 minggu tersebut. Tambahan lagi, ini adalah kali pertama pelajar perubatan mahu melakukan elektif di sini, oleh itu mereka tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan kami.

Setelah diperkenalkan serba sedikit tentang jabatan tersebut (dan setelah membayar nametag yang sepatutnya mendapat support dari bahagian kebajikan pelajar perubatan negeri), kami sekadar menerima first impression yang diberikan oleh staf hospital. Tiba-tiba satu kes kecemasan masuk, unconscious. Lelaki, pertengahan umur. Terus dimasukkan ke Zon Merah iaitu Zon Resusitasi. Semua staf bergerak dengan laju. Kami sekadar tergamam. Semua lines dimasukkan pada patient, blood sugar level diukur dan tekanan darah dikira. Patient hypoglycemic and hypotensive. Sedikit sedar beberapa minit selepas glucose dan IV infusion. History sempat lagi diambil oleh Medical Assisstant (MA) dari si isteri yang tidak menunjukkan sebarang sebab yang jelas mengapa beliau pengsan sedangkan beliau telahpun bersarapan. Pesakit merupakan seorang perokok. Tidak sampai setengah jam kemudian, patient kembali tidak sedar dengan ECG yang telah dipasang dari awal menunjukkan bradycardia dan kemudian progress into asystole. Cardiac arrest. Endotracheal tube dimasukkan sedang patient dilihat dalam delusional state dan meraung ‘Allah’ beberapa kali. Beberapa dose atropine, adrenaline dan dobutamin telah diinfuse tetapi tidak ada perubahan pada bacaan ECG. CPR dimulakan dan saya disuruh meneruskan tekan tubi yang telah dimulakan oleh Ketua MA. Kelam kabut suasana sedang saya cuba untuk tenang dalam serba tidak tahu kerana ini adalah pengalaman yang benar-benar sulung melakukan CPR pada manusia sebenar!

 
Unit Kecemasan Hospital Baling

Akhirnya setelah setengah jam lebih semua staf dan doktor bertugas berhempas-pulas, patient tadi kembali ke rahmatullah. Beliau tidak dapat mengekalkan rentak jantung beliau yang akhirnya didiagnose menghidap myocardial infarction. Isteri beliau redha dan bacaan Yaasin berkumandang di bahagian kecemasan. Kami yang masih trauma masih sempat ditanya oleh Ketua Jabatan Kecemasan tentang semua causes of loss of consciousness dan levels of blood glucose yang lebih dikenali di sini dextrostix. Saya tak akan lupa bahawa Malaysia menggunakan bacaan ml/mol berbanding Mesir yang menggunakan mg/dL untuk kiraan blood glucose level.

Bermula dari situlah saya mula menyedari bahawa saya begitu banyak tidak tahu terma biasa yang digunakan untuk alatan di hospital dan beberapa shortforms. Maka saya mengambil peluang ketika jabatan tidak menerima pesakit dengan bertanya banyak pada MA dan para jururawat. Kemudian saya juga kadang-kadang disuruh memasang branula, mengambil sample darah, mengisi borang ujian ataupun mengambil semua vitals pesakit yang dimasukkan ke dalam jabatan ini. Pernah sekali saya sedikit teruja kerana pertama kali mendengar (dan tahu) bunyi ronchi ketika auscultation seorang kanak-kanak atas bantuan MA!

Kes kemalangan adalah antara kes yang sering masuk ke jabatan ini. Saya pernah bertemu dengan pesakit yang tulang kakinya (tibia) patah dua dan terkeluar dari kulit (open fracture). Pesakit ini tidak dapat dimanage di hospital daerah ini maka perlu dipindahkan ke hospital besar terdekat iaitu di Sungai Petani setelah segala vitals beliau stabil. Di sini jika pesakit hanya mengalami koyak kulit dan tiada abnormality pada X-Ray akan dimanage dengan debridement dan  simple suture (yang sedikit buruk hasil tangan saya kali pertama). Namun masih ada kes biasa seperti patah tidak terbuka (close fracture) yang hanya dimanage dengan POP yang saya jumpai di hospital ini. Terkagum seketika apabila membantu pesakit membuang POP dengan sebuah gergaji yang tidak melukakan kulit!

 

Pertama kali yang sangat susah

Saya juga beruntung kerana bertemu dengan pesakit yang mempunyai open book fracture of pelvis. Pada waktu itu saya tidak pernah tahu mengapa didiagnose sebagai open book dan green stick fracture. Sekadar faham presentation pada X-Ray hinggalah ketika saya belajar dalam kuliah Orthopedic barulah saya nampak dengan jelas maksud kedua-dua istilah ini. Betapa pentingnya kuliah walaupun saya sudah melihatnya ketika attachment!

Entah mengapa, mungkin kerana Hospital Baling adalah hospital daerah di tengah-tengah kampung, saya agak sering bertemu psychiatric case dan satu kes cerebral palsy (CP). Seorang pakcik yang memang dikenali oleh staf jabatan (sedikit tidak terurus keadaanya) tiba-tiba datang dan terus berbaring di atas katil pesakit. Beliau dibiarkan dengan telatahnya. Kemudian saya juga dapat bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan maniac yang datang ke jabatan ini untuk dos Haloperidol. Saya yang meminati kes seperti ini sedikit rasa sayu dihati tatkala melayan pesakit yang perlu ditenangkan untuk mendapat suntikan. Riuh satu jabatan dengan kes yang begitu bersemangat dan berlari kesana kemari tanpa rasa penat. Nasib baik tidak ramai pesakit pada waktu itu. Apa boleh buat, layan je supaya pesakit ini dapat duduk sebentar dan dapat menerima suntikan dengan baik.
Selain kes kemalangan, kes sesak nafas (shortness of breath – SOB) juga antara kes kritikal di jabatan kecemasan. Biasanya kanak-kanak CP atau asthma yang akan ditemui dan ketika inilah pertama kali saya berkenalan dengan suppository paracetamol (PCM). Kalau kes makcik-pakcik pula biasanya kes SOB ini adalah kerana masalah jantung. Pernah sekali seorang makcik dimasukkan ke Zon Merah dengan abnormal cardiac rhythm (lupa jenis yang mana). Rupanya makcik ini memakai cardiac pace-maker tetapi telah kehabisan bateri!

Tidak terlalu banyak yang saya belajar di hospital ini kerana jabatan ini tidaklah terlalu sibuk seperti yang dibayangkan tambahan lagi jabatan kecemasana hanya mengambil alih kes-kes pada peringkat awal sahaja (frontline) manakala urusan seterusnya dimasukkan ke jabatan perubatan (Medical Department). Bahkan hospital daerah tidak mempunyai kelengkapan diagnostic yang cukup, maka kebanyakan kes direfer ke hospital besar. Pun begitu, sempat juga kami bersama dengan student MA yang membuat latihan di hospital ini yang begitu pandai menguruskan kes-kes di sini. Mereka juga berpeluang memerhati autopsy dilakukan secara live! Sedikit jealous di situ namun sebenarnya banyak yang kami pelajari dari mereka. Mereka nampak begitu competitive berbanding dengan kami yang tidak tahu apa-apa ini.

Setelah beberapa lama di jabatan ini, kami semakin serasi dengan para staf jabatan. Rasa sedikit selesa dan semakin banyak yang kami tahu. Sebelum kami di suruh berjalan-jalan di ward (yang tak banyak dapat kami belajar kerana tiada yang mahu menerangkan tambahan lagi tidak banyak belajar internal medicine), sempat kami bertemu dengan pakcik yang mahu ditanggalkan ketuat di muka beliau. Baru saya teringat bahawa saya pernah dipotong ketuat di jabatan ini juga masa kecil-kecil dulu..

Ketika round di ward, saya sekadar memerhati setiap procedure yang dilakukan. Pakcik-makcik mempunyai komplikasi diabetes dan hypertension adalah yang paling kerap dijumpai. Di sini juga kami bertemu dengan kes kemalangan for post-operative admission. Removed cerebral bleeding yang mempunyai coronal stitches pada front hairline. Menangis-nangis beliau ketika stitches ini dicabut satu persatu. Tahu betapa pedihnya terasa kulit disiat-siat tambahan lagi bagi pesakit perempuan.
Pada hari terakhir, tanpa sempat kami bergambar dengan semua staf jabatan, kami meninggalkan Hospital Baling dengan rasa tidak cukup dan tidak berpuas hati. Sempat juga kami merasa makanan kantin hospital sebelum ke HKL. Benarlah kata Pengarah, 2 minggu itu tidak cukup!


Bersambung di Hospital Kuala Lumpur (Part II)

......

Nurulhusna Binti Ahmad Sani
Medical Student,
Tanta University, Egypt.
Tel : +20111-8785998 | +6019-6478096
E-mail : reactive_na@yahoo.com
YM : kidz_1487

"Hiduplah dengan meRASAI pemerhatian Tuhanmu.."